KUMPULAN ECOTRADE MENYOKONG PERATURAN LEBIH KETAT DALAM KES KECURIAN PENUKAR

POSTED BY PRADIPA (TA)

ECOTRADE GROUP MENYOKONG PERATURAN YANG LEBIH KETAT DALAM MEMBANTERAS KES KECURIAN PENUKAR PEMANGKIN (CATALYTIC CONVERTERS)

Ecotrade, merupakan pengitar semula penukar pemangkin yang terkemuka di Asia Tenggara termasuk di Malaysia. Malaysia ingin mencadangkan pihak berkuasa memperkenalkan langkah-langkah yang baharu bagi mencegah kes kecurian penukar pemangkin daripada kenderaan-kenderaan..

Kegiatan jenayah ini sudah semakin berleluasa sejak beberapa tahun yang lalu di AS dan di sesetengah negara Eropah Barat, namun kini ia semakin menular di Malaysia. Undang-undang di Malaysia kurang untuk membuktikan bahawa pemilikan itu adalah hak milik yang sah bagi sesebuah penukar pemangkin. Oleh itu, pencuri mudah untuk mendapatkan dan menjualnya di pasaran luar.

Bagi memenuhi undang-undang yang semakin ketat ke atas emisi bahan api, penukar pemangkin harus dipasang kepada semua kenderaan di seluruh dunia. Setiap penukar pemangkin adalah bernilai kerana mengandungi logam yang berharga iaitu, platinum, paladium dan rodium (logam kumpulan platinum), ia bertindak sebagai penapis dalam penukaran gas berbahaya kepada emisi yang kurang berbahaya. Pada masa ini, permintaan terhadap logam berharga semakin meningkat tinggi dan pengitaran semula pemangkin sekerap menjadi industri yang cukup besar serta menguntungkan. Selain itu, ia memainkan peranan penting kepada alam sekitar dalam pemulihan logam berharga yang sukar ditemui kini. Oleh itu, sindiket kegiatan jenayah mengambil kesempatan dengan meraih keuntungan daripada permintaan penukar pemangkin "lama" dengan mendapatkannya daripada kenderaan-kenderaan.

Antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan kes kecurian penukar pemangkin di Malaysia adalah : -

  • Impak daripada pandemik coronavirus memberi peningkatan dalam penggunaan logam kumpulan platinum (PGM) dan pengurangan keluaran dari lombong Afrika Selatan menyebabkan berlakunya lonjakan harga pasaran, terutamanya sejak dua tahun yang lalu. Oleh itu, kenaikan nilai pemangkin sekerap boleh mencecah sehingga RM 2,000 (kira-kira USD 480) setiap satu.
  • Pandemik COVID-19 juga telah membawa kepada peningkatan dalam kadar pengangguran. Atas desakan hidup ada segelintir pihak yang cuba mengambil jalan mudah dengan terlibat dalam jenayah kecurian. Kegiatan ini hanya sekadar memerlukan gergaji elektrik dan mengambil masa beberapa minit sahaja untuk mengeluarkan penukar pemangkin daripada kenderaan. Jadi, risiko untuk ditangkap adalah sangat tipis.
  • Hanya segelintir pemilik kenderaan sahaja mengambil langkah keselamatan untuk melindungi penukar pemangkin mereka. Jika ada, akan menjadikan tugas ini dengan lebih mudah untuk mengesan identiti pencuri. Di samping itu, kawasan tempat letak kereta yang banyak dengan liputan CCTV yang minimum membuatkan kesukaran untuk pencuri ditangkap.

Walaupun pihak berkuasa menyedari bahawa kegiatan ini semakin meningkat, tetapi kekurangan undang-undang untuk pembuktian khusus bagi kes kecurian penukar pemangkin telah menyebabkan berlakunya ketidakadilan dalam penahanan pekerja yang profesional dan jujur dalam industri ini. Ecotrade,adalah antara yang turut terkesan dalam isu ini di mana pekerja telah ditahan dalam tiga kes kejadian yang berasingan sepanjang 18 bulan yang lalu tanpa sebarang alasan yang kukuh dan kemudiannya dibebaskan tanpa didakwa.

Syarikat ini telah lama membina kejayaannya menerusi rekod reputasi yang jujur dan telus serta melaksanakan peraturan "Kenali Pelanggan Anda" ("Know Your Customer", KYC) yang ketat bagi memastikan hanya penglibatan peniaga bereputasi baik sahaja. Hal ini disambut baik dan mendapat tumpuan pihak berkuasa dalam membanteras kes kecurian penukar pemangkin. Namun begitu, pihak berkuasa Malaysia harus omited dan bekerjasama dengan langkah ini bagi membantu untuk mencegah kegiatan jenayah daripada terus berlaku. Antara langkahlangkahnya: -

  • Meletakkan syarat undang-undang wajib bagi memastikan semua penjual adalah daripada golongan profesional yang telah berdaftar dalam industri automotif.
  • Meletakkan syarat undang-undang wajib bagi memastikan semua pembeli dan syarikat kitar semula perlu memiliki lesen khas yang dibenarkan untuk beroperasi dalam industri sekerap penukar pemangkin.
  • Melarang urusan transaksi secara tunai dalam keseluruhan industri ini.

Langkah-langkah ini dapat mengurangkan peluang untuk kegiatan kecurian pemangkin; dengan ketiadaan pasaran untuk menjual perolehan haram mereka, kegiatan ini pasti akan lenyap. Dalam masa yang sama, ia dapat memberikan komitmen terhadap kelestarian alam sekitar dengan pemulihan platinum, paladium dan rodium. Pengurusan pengitaran semula penukar pemangkin sekerap yang diurus dengan baik dapat mengurangkan perlombongan invasif komoditi yang semakin sukar ditemui kini.

Pihak berkuasa perlu memastikan perjuangan dalam memerangi kegiatan kecurian penukar pemangkin dapat dipertingkatkan dengan melaksanakan undang-undang yang bersesuaian dan bukannya mendakwa secara membuta tuli serta tidak adil terhadap syarikat-syarikat yang bereputasi baik. Hal ini, dapat memastikan syarikat-syarikat yang sah beroperasi dalam persekitaran yang lebih terjamin dan positif. Selain itu juga, ia memberi kebaikan kepada semua peniaga yang mematuhi undang-undang dalam industri ini.